Penjara Kajang, 13 Mei 2011 Penjara Kajang telah menerima kunjungan Yang Amat Arif Tun Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi Ketua Hakim Negara dan rombongan yang terdiri daripada YAA Hakim Besar Malaya, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya serta Pegawai-Pegawai Kehakiman. Ketibaan YAA Tun Dato Seri telah disambut oleh Yang Berbahgia Komisioner Jeneral Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, KPj Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan Pengarah Penjara Kajang serta Pegawai Kanan Jabatan Penjara. |