Pada 18 Mei 2011 sehingga 20 Mei 2011, bertempat di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor telah diadakan Kursus (In-House Training) Bengkel Perlaksanaan Sekolah Integriti yang telah di hadiri seramai 30 orang kakitangan beruniform dan kakitangan awam lain-lain pangkat. Penceramah telah dijemput dari Bahagian Pengurusan Banduan IPPM, Sekolah Integriti Kluang, Sekolah Henry Gurney Teluk Mas, dan dari Pusat pemulihan Akhlak Simpang Rengam Johor. Kursus ini di adakan bertujuan memberi pengetahuan baru kepada anggota dan kakitangan tentang perlaksanaan serta sistem pengurusan Sekolah Integriti. Antara kandungan kursus yang telah dilaksanakan ialah Hala Tuju Pemulihan, Perlaksanaan Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney, Penerimaan Dan Pembebasan Tahanan Muda,. Majlis penyampaian sijil dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar PKP Wan Umar Bin W. Abdullah. |