| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Futsal Kali Ke 3 Jabatan Penjara Malaysia Anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia Kelolaan Penjara Seberang Perai

Kejohanan Futsal Kali Ke 3 Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan pada  20-21 Mei 2011 di Safira Futsal Center, Seberang Jaya dikelola oleh Penjara Seberang Perai. Kejohanan tersebut melibatkan 16 pasukan daripada seluruh Penjara Malaysia. Majlis Perasmian Penutupan kejohanan Futsal disempurnakan oleh TKPj Tuan Hj. Darussalam bin Hj. Budin, Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan , Bahagian Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Johan disandang oleh Pasukan dari Penjara Kajang, Naib Johan Penjara Machang dan tempat Ketiga bersama dari Penjara Sungai Buloh dan Penjara Marang. PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Penjara Seberang Perai selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola serta wakil-wakil Pengarah Penjara dan Parol Zon Utara turut bersama memeriahkan acara majlis penutupan.