30 Mei 2011, Putrajaya. Bertemakan Belia Pemangkin Transformasi, sambutan Hari Belia Negara 2011 telah berlansung selama 3 hari bermula dari 27 Mei hingga 29 Mei 2011. Sambutan kali ini telah diadakan di Putrajaya di mana Jabatan Penjara Malaysia telah dijemput untuk turut serta dengan mengadakan jualan produk penjara dan pameran informasi berkaitan dengan kerjaya dan mesej keinsafan kepada orang ramai.
Jabatan Penjara Malaysia telah diwakili oleh Penjara Kajang dan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Sambutan yang diterima daripada para pengunjung adalah di luar jangkaan dimana tapak pameran Jabatan Penjara Malaysia telah diserbu sejak pagi hingga ke malam.
Dalam masa yang sama, tapak pameran Jabatan Penjara Malaysia telah dilawati oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang telah diberi penerangan ringkas berkaitan dengan informasi Jabatan Penjara Malaysia.
Semoga program sebegini dapat merapatkan hubungan ukhwah diantara Jabatan Penjara Malaysia dan orang ramai selain ianya dapat memberi informasi yang berguna terutama kepda golongan belia.
|