Maktab Penjara Malaysia 28 Mei 2011, Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia(EXPOAM) bersama YBhg KJP Datuk Wira Hj Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah diadakan bersempena Mesyuarat Agong Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM) bertempat di Maktab Penjara Malaysia. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Mantan Ketua-ketua Pengarah Penjara Malaysia yang diantaranya ialah Datuk Ibrahim B Hj. Mohamed dan Datuk Omar Bin Mohamed Dan. Seramai 160 orang perwakilan pesara dari seluruh Malaysia hadir bagi menyertai Mesyuarat Agung Tahunan berpeluang mendengar ucapan daripada Tuan Hj. Md Noh Bin Tan Sri Murad, Presiden Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia.
|