25 Mei 2011 Rabu-Bertemakan 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara' sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Kali Ketiga Tahun 2011 telah diadakan di Dewan Kelab Sukan Kompleks Penjara Kajang. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran dua tetamu kehormat iaitu. Y. Bhg. Komisioner Jeneral Datuk Wira Hj. Zulkifli b. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Y. Bhg. Dato Asariah bt. Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan). Majlis juga dihadiri oleh KPj. Alzafry Mohamed Alnassif b. Mohamed Adahan, KPj Hj. Abd Wahab b. Kassim, Pengarah-pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan guru-guru Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney. Ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia telah menyemarakkan lagi semangat guru-guru pada malam tersebut. Majlis juga dipenuhi dengan persembahan nyanyian dan muzikal oleh guru-guru bersama-sama dengan pelajar-pelajar Sekolah Integriti Kajang. Sekalong tahniah kepada guru-guru. Sesungguhnya tanpa seorang guru siapakah kita pada hari ini.
|