26 Mei 2011 KhamisInstitusi Penjara Kajang telah dipilih sebagai tuan rumah pada kejohanan kali ini. Sebanyak lima kontinjen iaitu Sekolah Integriti Kajang, Sekolah Integriti Kluang, Sekolah Integriti Marang, Sekolah Integriti Sungai Petani dan Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka telah menyertai kejohanan ini. Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh YB. Datuk Hj. Johan b. Abd Aziz, ADUN Selangor, Kawasan Semenyih manakala Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah serta Perasmian Penutupannya telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Seri Dr. V.S. Suwaminathan a/l Vachellaiah, Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat, Penjara Malaysia. Majlis juga dihadiri oleh KPj. Alzafry Mohamed Alnassif b. Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, KPj. Hj. Abd Wahab b. Kassim, Pengarah Penjara Kajang, pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan ketua-ketua institusi dari kontinjen yang bertanding. Sebanyak (12) acara telah dipertandingkan dengan beberapa rekod lama telah diperbaharui oleh atlit-atlit yang bertanding. Atlit dari Sekolah Integriti Kajang iaitu Mohamad Saifuddin b. Zahari telah dinobatkan sebagai Olahragawan kerana telah memecah tiga rekod bagi acara 100m, 4x100m dan lompat jauh di kejohanan ini dengan pencapaian seperti berikut:
Dikejohanan ini juga Sekolah Integriti Kajang dengan mascot lebahnya telah muncul Johan dalam Pertandingan Perbarisan Terbaik Kontinjen. Keputusan Rasmi bagi keseluruhan markah kontinjen yang bertanding adalah seperti berikut :
|