| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Pada 4 Jun 2011 telah di adakan Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Antara jemputan pada majlis istiadat tersebut ialah Pegawai Diplomatik yang berkhidmat di Malaysia dan badan beruniform dengan berpakaian istiadat. Jabatan Penjara mendapat jemputan untuk seramai 50 orang anggota. Antara yang hadir pada majlis istiadat tersebut ialah Y.Bhg. Timbalan Komisioner Jeneral Dato' Haji Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Y.Setia Komisioner Wan Abdul Rahman bin Abdullah serta pegawai-pegawai kanan dari Institusi-institusi zon tengah.