Penjara Kluang Sabtu, 2 Julai 2011. Menyahut dasar Kementerian Pendidikan untuk mengadakan Larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia, program seumpama ini juga telah dilaksanakan pada peringkat pelajar-pelajar di Sekolah Integriti menggunakan laluan sekeliling kawasan dalam penjara. Acara bermula pada tepat pukul 8.00 pagi dan dimulai dengan aktiviti senaman ringan yang diketuai oleh guru-guru sekolah dan anggota penjara. Pihak sekolah juga turut menganjurkan beberapa aktiviti sukan lain seperti ping-pong, catur, dam dan karom sebagai pengisian program tersebut. Program seumpama ini dapat memastikan pelajar-pelajar aktif dari segi fizikal dan juga mental agar pelajar mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.
|