Pada 01 Julai 2011, bertempat di Dewan Perindu Penjara Sungai Buloh telah diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada pesara Jabatan Penjara Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut ialah TKJP Y. Bhg Dato Hj. Hassan bin Hj. Sakimon Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional), KPj Hj. Abdul Wahab bin Hj. Kasim Pengarah Penjara Kajang, En. Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail Pengarah Bahagian Sumber Manusia IPPM, Pengarah dan kakitangan Institusi Zon Tengah. Ketibaan tetamu di sambut oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh, TKPj Narander Singh bersama beberapa pegawai kanan.
|