| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sambutan Hari Bapa Penjara Marang

Bertempat di Dataran Insaf Penjara Marang, Pada 3 Julai 2011 (Ahad) Program Jalinan Kasih yang diadakan sempena sambutan hari bapa yang disambut pada 19 Jun  setiap tahun diseluruh dunia. Sambutan ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan bapa yang tiada bandingan dan tidak dapat dibalas dengan apa jua keadaan dalam membentuk anak- anak agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti. Program seumpama ini juga merupakan satu usaha kearah meningkatkan jalinan hubungan antara keluarga dengan penghuni sepanjang tempoh menjalani pemulihan di penjara.

 

Aturcara ini dimulai dengan bacaan al-quaran oleh penghuni, ucapan Perasmian oleh Pengarah Penjara Marang, Terengganu, ceramah motivasi oleh Profesor Madya Norudin Mansor (UITM Dungun), acara memotong kek, persembahan marhaban, bacaan sajak, dikir barat oleh penghuni Penjara Marang. Majlis berakhir dengan perjumpaan secara bersemuka dengan ahli keluarga dan menikmati juadah bersama sama.

 


Majlis ini melibatkan seramai 50 orang penghuni Penjara Marang dan hampir 200 ahli keluarga yang hadir yang dipilih dan diberi peluang untuk beramah mesra dengan ahli keluarga mereka.