| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jalinan Kasih Hari Ibu Dan Bapa PPA Simpang Renggam, Johor

Sempena Sambutan Hari Ibu dan Bapa, Bahagian Pemulihan Penjara / PPA Simpang Renggam, Johor telah mengadakan satu program berkonsepkan "perjumpaan terbuka" untuk penghuni. Program tersebut diadakan pada 2 Julai 2011 ( Sabtu) . Program tersebut berlangsung dengan penuh syahdu dan pilu. Pada awalnya pemilihan seramai 30 keluarga telah dihubungi untuk menyertai program ini tetapi hanya 19 keluarga yang dapat hadir untuk perjumpaan tersebut. Tujuan program ialah untuk menyemai rasa kasih sayang dan mengeratkan hubungan diantara anak dan ibu bapa.
Pengarah Penjara/PPA Simpang Renggam, TKPj. Ab. Basir bin Mohamad hadir bagi merasmikan program jalinan kasih pada kali ini.  Program ini turut dihadiri oleh Penguasa Penjara Azman bin Mohd Ali, Penguasa Penjara Norhaizan bin Md. Isa, Timbalan Penguasa Hj. Jalil bin Abd Majid , pegawai-pegawai kanan dan kaunselor Unit Pemulihan PPA Simpang Renggam, Johor.



Program ini bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Keluarga dan penghuni dijamukan dengan juadah Nasi Goreng, Bihun Goreng , Kuih-muih dan minuman Oren dan teh 'o' yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.