Rabu, 6 Julai 2011 Program sambutan Israk dan Mikraj peringkat penghuni Penjara Kluang telah diadakan di Surau Al-Muiz, Penjara Kluang. Program yang dikelolakan Unit Agama, Seksyen Pemulihan & Rawatan Penjara Kluang telah dihadiri seramai 280 orang penghuni lelaki dan 38 orang penghuni wanita. Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj Jamal Bin Hj Muslam, Guru Besar Sekolah Agama Ladang Tereh Kluang.
|