| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Larian Sempena Pelancaran 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

02 Julai 2011, Bagi merealisasikan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah Integriti Kajang dengan kerjasama Penjara Kajang telah menganjurkan larian  1 Malaysia sempena Majlis Pelancaran 1 Murid 1 Sukan yang bertempat di padang utama Penjara Kajang.



Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh TPP Ranjit Singh a/l Gurdev Singh manakala majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik  Latfi bin Hj. Ahmad, Penolong Ketua Sektor Akademik, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Antara objektif larian 1 Malaysia ini adalah untuk membolehkan pelajar di Sekolah Integriti Kajang (SIK) menikmati manfaat bersukan dengan harapan membentuk generasi yang membudayakan sukan saring keperluan akademik.



Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bagi mencapai objektif di atas ialah permainan bola tampar dan sepak takraw.