07 Julai 2011 bersamaan 5 Syaaban 1432H (Khamis), Unit Agama Islam Penjara Kajang dengan kerjasama pihak YADIM telah menganjurkan Majlis Perasmian Program YADIM, bertempat di Padang Utama Penjara Kajang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Shamsul Najmi Bin Samsudin, Naib Yang Di Pertua YADIM. Majlis diteruskan dengan Program Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk 'Masih Ada Yang Sayang', disampaikan oleh 2 orang ahli panel daripada YADIM iaitu Tuan Sheikh Ismail Hashim dan Kapten Dr. Samsudin Bin Moner yang telah di moderator forum oleh Ust. Abu Bakar Zainal . Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Farhain wakil daripada YADIM dan kumpulan nasyid As-Syifa' wakil daripada penghuni Penjara Kajang. Majlis ini juga turut dihadiri oleh 40 orang wakil daripada YADIM, KPj Jamaluddin Bin Saad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan mewakili Serta KPj Haji Wahab Bin Haji Kassim, Pengarah Penjara Kajang selaku tuan rumah majlis ini. Selain itu, Majlis juga dihadiri oleh Us Ainuddin Bin Dolhakim Ketua sektor agama Islam IPPM dan wakil setiap unit daripada Penjara Kajang. Majlis ini disudahi dengan penyampaian cenderahati kepada Perasmi Majlis iaitu Dato' Shamsul Najmi Bin Samsudin, Naib Yang Di Pertua YADIM dan penyampaian cenderahati kepada Ahli panel forum serta pertukaran cenderahati antara jabatan, YADIM dan Penjara Kajang yang disampaikan oleh KPj Haji Wahab Bin Haji Kassim, Pengarah Penjara Kajang sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Akhirnya, Semua dif-dif kehormat dan para jemputan menjamu selera di Dewan Kelab Penjara kajang dan turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nawar restu terdiri daripada staf Penjara Seremban serta persembahan kumpulan angklong daripada Penjara Wanita Kajang.
|