| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

APCCA Working Group Committee Meeting

Jabatan Penjara Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah untuk mengadakan APCCA Group Committee Meeting yang berlansung dari 4-7 Julai 2011 di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Seramai 23 orang terdiri dari peserta, rapporteur dan pemerhati telah hadir mewakili 8 negara iaitu Malaysia, Canada, China, Hong Kong, Jepun, Singapura, Solomon Islands dan Australia. Malaysia telah diwakili oleh KJP Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia, TKPj Narander Singh dan TKPj Nordin bin Muhamad. Mesyuarat membincangkan cadangan dan pandangan dari negara peserta berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas 22 buah negara yang telah menghadiri persidangan APCCA di Canada pada Oktober 2010. Ahli mesyuarat juga telah membincangkan hala tuju persidangan APCCA dan penambahbaikan yang perlu dilakukan agar persidangan yang diadakan memberi manafaat kepada negara peserta. Semua peserta telah bersetuju dengan keputusan yang dicapai dan di akhir mesyuarat wakil dari negara Jepun membentangkan perancangan negara jepun selaku tuan rumah Persidangan APCCA pada Oktober tahun ini. Ahli mesyuarat turut dibawa berkunjung ke negeri Perlis dan berpeluang melawat Pusat Koreksional Perlis, Padang Besar, Ladang Anggur dan Muzeum Kota Kayang. Hari berikutnya ahli mesyuarat dibawa ke KILIM Geoforest Park serta menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang sebelum semua peserta kembali ke negara masing-masing.