Jumaat, 8 Julai 2011- Pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia telah melakukan lawatan ke Penjara Kluang untuk bertemu dengan warganegara Indonesia sempena Hari Ulang Tahun Kemerdekaan negara itu. Lawatan yang diketuai oleh Tn Mulya Wirana (Acting Duta Besar Republik Indonesia) bersama 9 lagi pegawai beliau telah bertemu dengan penghuni warganegara Indonesia yang menjalani hukuman akhir dan hukuman lama. Lawatan beliau telah diiringi oleh PP Muhammad Kamal Bin Shamsudin, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Penjara Kluang dan dibantu KIP Razali bin Sabtu, Ketua Unit PPI Penjara Kluang |