| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Mesra Komuniti 1 Malaysia Anjuran Pejabat Parol Negeri Johor, di Kg. Tanjung Serindit, Pengerang Kota Tinggi Johor.

Pada 9 dan 10 Julai 2011 Parol Negeri Johor telah menganjurkan Program Mesra Komuniti 1 Malaysia yang dikelolakan oleh Pejabat Parol Daerah Kota Tinggi bersama Parlimen Bahagian Pengerang dan JKKK Kg.Tanjung Serindit Pengerang, Kota Tinggi Johor. Program yang dihadiri oleh kakitangan Parol Negeri Johor disertai oleh 22 ODP dan 9 pesalah PKW termasuk penduduk Kg. Tanjung Serindit, Pengurus dan Pekerja Ladang Sg. Papan Johor Corporation. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Azalina Bte Dato' Osman Said, Ahli Parlimen Pengerang dan acara penutupan dilakukan oleh Yang Setia Penolong Kanan Komisioner Penjara Kausalya Devi a/p Sathoo, wakil Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia. Antara acara-acara yang telah dijalankan ialah aktiviti memancing di rumah rakit, pertandingan karaoke, sukan rakyat bersama penduduk Kg.Tanjung Serindit dan ceramah komuniti berkaitan Parol dan Perintah Kehadiran Wajib yang disampaikan oleh KIP Naim Bin Suradi. Syabas diucapkan kepada warga Parol Negeri Johor dan kakitangan Parol Daerah Kota Tinggi yang telah berjaya mengadakan program tersebut.