| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program (Penyakit Tidak Berjangkit) 1 Malaysia Jabatan Penjara Malaysia

Pada 30 Julai 2011 ( Sabtu ), Bahagian Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Selangor telah mengadakan Non Communicable Disease Program (Penyakit Tidak Berjangkit) 1 Malaysia Jabatan Penjara Malaysia.  Seramai 26 orang peserta telah dijemput hadir ke program ini dan atur cara dimulakan dengan senamseni yang diketuai oleh IP Caeser Barieng ak Lawrance bersama 7 orang pembantu jurulatih senamseni. Majlis disusuli dengan ucapan aluan daripada PKP Zamiah @ Zaimiah bt Hj. Parman, mewakili Bahagian Pengurusan Banduan. Seterusnya peserta diberi penerangan berkenaan tujuan Program Penyakit Tidak Berjangkit daripada Dr. Brij Mohan dan diikuti dengan ceramah bertajuk "Penilaian Antropometri dan Pengurusan Pemakanan" yang disampaikan oleh En. Azhar bin Yusof, Pegawai Zat Makanan. Program ini berakhir dengan sesi soal jawab di antara para peserta dengan En. Azhar bin Yusof sehingga 11.30 pagi.