29 Julai 2011 Jumaat, Seramai 328 penghuni Penjara Jelebu telah mengikuti Seminar Rahsia Solat yang telah diadakan bertempat di Surau An-Nur mulai dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tenghari. Program anjuran Unit Agama Islam Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Negeri Sembilan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang rahsia solat dan kaedah-kaedah dalam memperbaiki kualiti solat selari dengan tuntutan syarak. PKP Anathurai a/l Kalimuthu, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah sudi hadir dan menyampaikan ucapan aluan semasa pembukaan seminar. Program dikendalikan oleh Profesor Dr. Ir Wan Abu Bakar b, Wan Abbas, Pensyarah Universiti Malaya.
|