27 HINGGA 29 JULAI 2011, Taiping - Audit persijilan semua MS ISO 9001:2008 Pusat Latihan Pegawai Penjara ( PULAPEN ), Perak telah diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2011 yang lalu. Auditan telah dijalankan oleh En. Mohamad Rafidi bin Mat Dahan, Ketua Pasukan Audit Seksyen Perkhidmatan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Skop audit yang telah dijalankan ialah Pengurusan Pengendalian Latihan Asas Pegawai Lantikan Baru bagi Jawatan Pegawai Penjara Gred KX 17. Mesyuarat pembukaan dan penutupan audit telah dipengerusikan oleh PP Shariff Bin Masri, Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN), Perak. Hasil dari tiga hari auditan yang telah dijalankan, Institusi ini telah dipersijilkan semula MS ISO 9001 : 2008 tanpa sebarang pindaaan. Syabas dan tahniah kepada semua kakitangan Pusat Latihan Pegawai Penjara ( PULAPEN ), Perak.
|