| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Penjara Negeri Johor

Pada 5 Ogos 2011 (Jumaat) bersamaan 5 Ramadhan 1432H institusi Penjara Negeri Johor telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Surau Ar-Raudah Penjara Simpang Rengam Johor.  Turut hadir pada majlis tersebut ialah  Ketua Pengarah Penjara Malaysia Y.Bhg. Datuk Wira Hj Zulkifli b. Omar, KPj Jamaludin b. Saad, Pengarah Penjara Kluang, Pengarah PPA Muar dan wakil Pengarah Penjara Reman Johor Bahru dan wakil Pengarah Parol Negeri Johor.    

 

Objektif utama Majlis ini ialah untuk memanjangkan  kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang melakukan ibadat puasa pada tahun ini.  Selain itu majlis ini juga bertujuan memupuk semangat gotong royong dan mengeratkan hubungan di antara kakitangan dan masyarakat setempat.

 

Pada majlis tersebut Y.Bhg. Datuk Wira Hj Zulkifli b. Omar telah menyampaikan sumbangan kepada (31) anak yatim dan ibu tunggal daripada bekas keluarga kakitangan institusi Penjara Negeri Johor dan masyarakat setempat Simpang Rengam, Johor.