Kuching, 4 Ogos 2011 - Datuk Haji Md Yahaya bin Basimin, Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak bersama Persuruhjaya Polis Negeri Sarawak, Pengarah MAMPU Negeri Sarawak, Pengarah INTAN Negeri Sarawak dan Pengarah MPC Negeri Sarawak telah membuat lawatan rasmi di Kompleks Penjara Puncak Borneo Kuching. Turut hadir semasa lawatan tersebut adalah wakil Ketua Pengarah Penjara Malaysia KPj Tuan Wan Abdul Rahman bin Abdullah, TKP (Pengurusan) dan juga ketua-ketua institusi Penjara Negeri Sarawak. Dalam lawatan tersebut, PKK Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah memberi taklimat berhubung hala tuju Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak. Selain daripada itu, PP Walace anak Nawon, Pengarah Parol Negeri Sarawak turut menerangkan peranan dan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Pegawai Parol di negeri ini. Setelah selesainya taklimat tersebut, para rombongan melawat di Penjara Puncak Borneo Kuching.
|