Pada 4 Ogos 2011 jam 8.30 pagi, Institusi Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan menerima lawatan KPj. Tuan Wan Mohamed Nazarie bin Wan Mahmood, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia sempena Mesyuarat Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB)/ Pemasangan CCTV dan Mesyuarat Penyeludupan Artikel Larangan Zon Timur. Ketibaan KPj. Tuan Wan Mohamed Nazarie bin Wan Mahmood disambut oleh PKP Husin bin Hj. Johari , Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan dan pegawai kanan institusi dan ahli mesyuarat tersebut.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh TKPj Nordin bin Hj. Muhammad Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, TKPj Kushairi bin Manap Timbalan Pengarah Keselamatan dan Inteligen, En. Mat Hasan bin Mat Esa Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, En. Ahmad bin Mat Zin Pengarah Bahagian Kewangan dan Pengarah-Pengarah Penjara Zon Timur. Pada jam 2.30 petang semua ahli mesyuarat telah melawat dan diberi taklimat berkaitan kemajuan projek oleh kontraktor terlibat dengan pembinaan bengkel dua tingkat serta projek Penjara Wanita Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada sebelah malam semua ahli mesyuarat telah dijemput menghadiri majlis berbuka puasa bersama Pengarah dan Pegawai Kanan Penjara Pengkalan Chepa yang diadakan di Restoran New Horison Garden Kota Bharu.
|