Program Singgah Sahur Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan Peringkat Negeri Sabah 2011 di Penjara Sandakan. Rombongan kembara berkenderaan sebanyak 33 buah melibatkan 77 orang peserta di ketuai oleh Pengarah Bahagian Jabatan Penerangan Sabah En.Ishak Muin . Rombongan telah tiba di Masjid As Syakirin Penjara Sandakan pada 06 Ogos 2011 jam 03.30 pagi dan telah disambut oleh PKP. Mat Johir bin Asin @ Hashim, Pengarah Penjara Sandakan serta kakitangan muslim Penjara Sandakan. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Penerangan Daerah Sandakan. Majlis tersebut juga menyaksikan sumbangan berupa Yassin, Al Quran, Sejadah dan juga Jalur Gemilang. Majlis Singgah Sahur berakhir selepas selesai Solat Fardhu Subuh.
|