KAJANG 11 Ogos 2011 - Majlis Berbuka Puasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diadakan di Perkarangan Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kompleks Penjara Kajang, Selangor yang dihadiri oleh YB Dato' Seri Hishammuddin b. Tun Hussain, Menteri Dalam Negeri. Lain-lain tetamu kehormat yang hadir adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu YB Datuk Wira Abu Seman B. Yusop dan YB Dato' Lee Chee Leong , Y. Bhg Tan Sri Mahmood b. Adam Ketua Setiausaha KDN, Timbalan-Timbalan KSU KDN, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Majlis dimulakan pada jam 6.30 petang dengan kehadiran YB Menteri di sambut oleh Y. Bhg. Komisioner Jeneral Datuk Wira Hj. Zulkifli b. Omar bersama-sama tetamu kehormat yang lain.
|