Rabu, 10 Ogos 2011 - Seksyen Pemulihan & Rawatan Penjara Kluang dengan kerjasama Seksyen Vokasional & Industri Penjara Kluang telah menganjurkan Kursus Menjahit Langsir Komersial untuk penghuni Penjara Kluang.
Kursus yang berlangsung selama 3 hari bermula 8-10 Ogos 2011 di Sekolah Integriti Kluang telah disertai seramai 21 orang penghuni lelaki. Kursus telah dikendalikan oleh Cik Shahzanan Binti Hassan yang dijemput khas dari Kolej Komuniti Segamat.
Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tn Rohaimi, Pengarah Kolej Segamat. Upacara penyampaian sijil turut diserikan dengan kehadiran PKK Roslan Bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Kluang dan TPP Mahadzair Bin Che Daud, Ketua Seksyen Pemulihan & Rawatan Penjara Kluang.
|