Kompleks Penjara Seberang Perai telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 19 Ogos 2011 yang lalu. Aktiviti gotong-royong memasak oleh kakitangan dan ahli-ahli PERSIAP bermula seawal jam 8.00 pagi. Pengarah Penjara Seberang Perai, PKK Kamarudzaman serta isteri turut hadir bagi memeriahkan suasana. Majlis juga turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Reman,Pulau Pinang, wakil-wakil Institusi, wakil Jabatan Kerajaan dan pesara-pesara. Program bermula dengan Majlis Khatam Al-Quran, Tazkirah oleh Ustaz Mohd Firdaus Bin Hj. Ahmad. Pengarah Penjara Seberang Perai turut memberi cenderahati kepada anak-anak kakitangan yang terlibat dengan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis diteruskan dengan berbuka puasa di Surau As-Sakinah, solat Mahgrib, solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah. |