| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penjara Sungai Buloh

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini, SEKSYEN PEMULIHAN & RAWATAN Penjara Sungai Buloh  telah mengadakan satu program berkonsepkan raya kepada tahanan dan banduan yang beragama Islam iaitu Program Jalinan Kasih Aidilfitri 2011. Program tersebut telah diadakan pada 1.9.2011 (Khamis), bertempat di hadapan Pejabat Rekod Tahanan, Penjara Sungai Buloh. Program tersebut berlangsung dalam suasana yang penuh syahdu dan pilu di mana seramai (17) penghuni  yang terlibat pada hari tersebut telah dikunjungi oleh kaum keluarga yang terdiri dari ibubapa, isteri, anak-anak dan adik-beradik seramai 71 orang.



Aturcara program bermula jam 9.45 pagi di mana keluarga penghuni telah disambut oleh pegawai kanan dan anggota bertugas. Pada jam 10.15 pagi, Timbalan Penguasa Penjara Tuan Sapudin bi Said wakil Pengarah tiba untuk memeriahkan program tersebut . Dalam ucapan ringkasnya , Tuan Sapudin bin Said antara lain menyatakan, bahawa tujuan Program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penghuni dengan ahli keluarga yang telah lama terpisah.



Program ini juga memberi peluang kepada penghuni untuk beramah mesra bersama-sama keluarga setelah sekian lama dipisahkan oleh tembok penjara di atas kesilapan lalu. Beliau juga berharap agar kesempatan ini dapat dimanfaatkan dan digunakan sebaiknya oleh penghuni dan ahli keluarga masing-masing. Tuan Sapudin bi Said juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Seksyen Pemulihan & Rawatan Penjara Sungai Buloh kerana telah berjaya menganjurkan program ini dan beliau berharap agar program ini dapat diteruskan di masa akan datang. Program Jalinan Kasih kali ini dihiburkan dengan deklamasi sajak,nyanyian lagu raya dan sketsa oleh penghuni Seterusnya pada jam 11.25 pagi, acara kemuncaknya ialah di mana keluarga akan bersalam-salaman dengan penghuni.



Turut hadir memeriahkan program Jalinan Kasih pada kali ini terdiri daripada TPP S.Tanabal  a/l Socklingam ,TPP Saifullah bin Md Akhir.KIP Hamidon bin Ahmad (selaku Ketua Seksyen Pemulihan ), Pegawai-pegawai Kanan dan anggota terlibat. Program berakhir pada jam 11.45 pagi di mana dapat disaksikan keluarga dan penghuni terlibat berpelukan seperti tidak mahu berpisah dan ada dikalangan mereka yang menitiskan airmata kesyahduan.