| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Dan Sesi Taklimat Y.Bhg Datuk Wira Komisioner Jeneral Penjara Di Penjara Pusat Miri, Sarawak

Pada 12 Ogos 2011, Institusi Penjara Pusat Miri  telah menjadi tuan rumah Majlis Berbuka Puasa Penjara Zon Negeri Sarawak. Majlis tersebut telah diadakan di Surau Darul Ibadah, Penjara Pusat Miri. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah TKPj Nordin bin Muhamad, Yb Ripin bin Lamat ADUN N.26 Lambir, Ketua-Ketua Institusi Penjara Zon Timur, Pengarah-Pengarah  Penjara Negeri Sarawak dan pesara-pesara Pegawai Penjara. Sebelum itu pada sebelah petangnya telah diadakan perjumpaan dan dialog diantara pegawai-pegawai kanan Institusi Penjara Zon Timur bersama Y.Bhg KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar. Dalam majlis berbuka puasa, Y.Bhg Datuk Wira telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Cawangan Miri.  Aturcara majlis berakhir selepas jamuan moreh sesudah selesai solat sunat terawih.