Pada 26 Ogos 2011, Menteri Besar Perlis, Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr Mohamad Isa Bin Sabu telah melakukan kunjungan hormat ke Penjara Pokok Sena . Seramai 21 orang termasuk EXCO Kerajaan Negeri telah di sambut oleh Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, Tuan Jamaludin Bin Awang Kechik . Taklimat dan penerangan kepada Menteri Besar dan EXCO kerajaan negeri di berikan oleh Tuan Jamaludin sendiri di bilik mesyuarat Pejabat Rekod Dan Penerimaan.
|