| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penyampaian Sumbangan Bantuan Kepada Keluarga Penghuni

Pada 28 Ogos 2011, bertempat di Penjara  Alor Setar, seramai 11 keluarga dan bekas penghuni  telah terpilih menerima sumbangan bantuan daripada Yayasan SALAM . Pemilihan penerima bantuan berdasarkan latarbelakang keluarga penghuni  dan bekas penghuni.


Program ini yang julung-julung kali diadakan di Jabatan Penjara Malaysia bertujuan untuk meringankan beban  keluarga dan bekas penghuni sempena  Hari Raya Aidilfitri. Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh PKP Amir Shariffuddin bin Abd. Majid, Pengarah Penjara Alor Setar.


Hadir sama, Koordinator Yayasan SALAM Wilayah Utara, Tuan Hj. Fadzillah bin Ismail.