| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Adilfitri 2011 Unit Pemulihan Simpang Renggam, Johor

Pada 11 September 2011 (Ahad) - Unit Pemulihan PPA Simpang Renggam, Johor telah mengadakan program berkonsepkan raya kepada tahanan dan banduan yang beragama Islam iaitu program Jalinan Kasih Aidilfitri. Program tersebut telah diadakan di hadapan Pejabat Rekod Tahanan. Seramai 24 orang penghuni (12 tahanan POPOC (KAMJ), 12 tahanan ADB (LLPK) dan 4 banduan)yang terlibat pada hari tersebut telah dikunjungi oleh kaum keluarga yang terdiri daripada Ibubapa, isteri, anak-anak dan adik-beradik. Program tersebut turut dihadiri oleh YS. TKPj. Abd. Basir b. Mohamad, Pengarah Penjara/PPA Simpang Renggam. Beliau turut menyampaikan sepatah kata ucapan  dan mengucapkan selamat hari Raya kepada semua tetamu yang hadir.  Diakhir ucapan, beliau berpesan agar  keluarga yang hadir memandu dengan berhati-hati supaya dapat tiba destinasi dengan selamat.



Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penghuni dan ahli keluarga yang telah lama terpisah. Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah PP Azman b. Mohd. Ali (Ketua Bhg Pemulihan), PP Nor Haizan b. Md. Isa (Ketua Bhg. Keselamatan) PTD Izhar b. Khalil,  TPP Wan Rosli b. Wan Dollah, Kauselor dan Pegawai serta anggota pemulihan. Program berakhir pada jam 11.30 pagi di mana dapat disaksikan keluarga dan penghuni terlibat berpelukan dan ada dikalangan anak-anak yang menangis tidak mahu dipisah dengan  bapa mereka.