| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perjumpaan Bersemuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2011

Pada 07 September 2011 bersamaan 9 Syawal 1432 H . Institusi Penjara Pokok Sena telah di beri kepercayaan oleh Ibu Pejabat Penjara Malaysia selaku tuan rumah Majlis Perjumpaan Bersemuka Hari Raya Aidilfitri peringkat penghuni Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan di Perkarangan APCCA Penjara Pokok Sena yang bermula pada 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari

Majlis ini telah di sempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner , Tuan Hj Zawari Bin Abd Rashid , Pengarah Penjara Pokok Sena ,majlis ini juga turut di hadiri oleh . Pengarah-pengarah Institusi Zon Utara , Pengarah PAROL Negeri Kedah , Pegawai Majlis Belia dan Zakat Negeri Kedah serta jemputan-jemputan yang lain seperti media elektronik dan akhbar .

Terdahulu, Tuan Hj Zawari berkata di dalam ucapannya, program sebegini dapat mengeratkan semula kasih sayang antara penghuni dan keluarga . Majlis ini juga turut di serikan lagi oleh Persembahan Band Boy Penghuni Penjara Pokok Sena dan artis jemputan serta penyerahan replika cek kutipan zakat bagi kakitangan dan penghuni Penjara Pokok Sena bagi tahun 2011.