Selasa, 20 September 2011 - Beberapa program telah diatur bersempena dengan sambutan hari raya Sekolah Integriti Kluang di antaranya 'Takbir Raya oleh wakil pelajar', 'Sketsa Hari Raya', dan 'Pertandingan Menganyam Ketupat'. Majlis diceriakan dengan kehadiran PKK Roslan Bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Kluang yang ikut serta dalam pertandingan menganyam ketupat. Penyelia Sekolah Integriti Kluang, En Hamdan Bin Othman menyatakan majlis sambutan pada kali ini amatlah bermakna untuk para pelajar dan guru merasai suasana hari raya walaupun di sebalik tembok batu. |