| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pemantapan Jati Diri Sambutan Merdeka Raya Peringkat Penghuni Sekolah Henry Gurney Melaka

19hb Sept 2011 bersamaan 21hb Syawal 1423h, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Program Pemantapan Jatidiri 'Sambutan Merdeka Raya' peringkat penghuni di Dewan Parameswara, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka yang telah dirasmikan oleh PKP Md Din B Mamat dan turut hadir En Md Aziz B Hj Lani Ketua Unit Pendidikan Khas dan En Haidhir B Mohamad Penolong Pengarah Unit Sains Sosial yang turut menjadi Ketua Juri persembahan penghuni dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Pengarah SHG Melaka PKP Md Din bin Mamat dalam ucapan penutupan perasmian program memaklumkan, objektif program ini diharap dapat memberi peluang kepada para penghuni meraikan dan menikmati kemeriahan sambutan perayaan Aidilfitri sama seperti masyarakat di luar disamping melahirkan semangat cintakan negara sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 54 serta membentuk disiplin penghuni melalui penerapan nilai-nilai murni dan menyemai semangat 1Malaysia selaras dengan tema tahun ini 'Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera' .

Program tersebut dihadiri oleh 350 orang penghuni. Susun atur Program dimulakan dengan kawad perbarisan merdeka setiap blok-blok  penghuni selain dari itu aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan persembahan lagu-lagu raya, lagu-lagu patriotik, sketsa dan treasure hunt merdeka.

Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah yang disampaikan En Md Aziz B Hj Lani Ketua Unit Pendidikan Khas dan PKP Md Din bin Mamat Pengarah SHG Melaka.