Melaka 14 September 2011 - Penjara Sungai Udang Melaka telah mengadakan Majlis Malam Mesra Aidilfitri yang dihadiri bersama ketua-ketua Institusi Jabatan Penjara Negeri Melaka. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh TKPj Nor Afifi Bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang Melaka. Aturcara majlis dimeriahkan dengan pertandingan gerai terbaik, pertandingan sketsa dan nyanyian oleh kakitangan dan pemberian duit raya kepada anak-anak kakitangan yang hadir.
|