Pada 30 September 2011 (Jumaat), telah berlangsung Majlis Merdeka Raya Peringkat Institusi Penjara Tawau, Sabah bertempat di Dewan Wawasan, Taman Ehsan. Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada Y.B Datuk Hamisa Binti Samat (ADUN Tg. Batu) merangkap Hakim Pelawat Penjara Tawau, Y.B Datuk Mohd. Kamil Bin Datuk Hj. Mohd. Kassim dan Datin, PKK Suria Bin Hj Idris (Pengarah Penjara Negeri Sabah), Ketua-Ketua Institusi Penjara Sabah dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Tawau. Majlis juga diserikan dengan pertandingan Pakaian Beragam Anak-Anak Kakitangan serta cabutan bertuah. Y.B Datuk Hamisa Binti Samat dan PKK Suria Bin Hj. Idris telah sudi menyampaikan duit raya kepada anak-anak kakitangan Penjara Tawau yang hadir pada malam tersebut.
|