Y.Bhg KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar , Ketua Pengarah Penjara Malaysia mengetuai rombongan kunjungan hormat ke atas Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani pada 3 Oktober 2011 di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching. Y.Bhg Datuk Wira juga telah membuat lawatan kerja ke Rumah Perantaraan, Penjara Puncak Borneo Kuching dan mengadakan sesi dialog bersama kakitangan Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak, Penjara Puncak Borneo Kuching dan Penjara Pusat Sri Aman. Pada 4 Oktober 2011 pula Y.Bhg Datuk Wira serta rombongan telah membuat kunjungan hormat ke atas T.Y.T Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng di Astana, Petra Jaya, Kuching,.
|