Jabatan Penjara Malaysia telah berjaya melaksanakan Audit Pensijilan Semula SIRIM bagi tahun 2011. SIRIM QAS International, badan pensijilan yang bertauliah telah menjalankan audit secara rawak meliputi 13 buah institusi penjara, Ibu Pejabat Penjara Bukit Wira, IPP Sabah, IPP sarawak dan 5 Pejabat Parol Negeri daripada keseluruhan 96 institusi ( terdiri 29 Penjara; 3 Ibu Pejabat; 14 Parol Negeri; 50 Parol Daerah) . Bukit Wira telah selesai diaudit pada 3 hingga 7 Oktober lepas. Pada mesyuarat pasca audit , Jabatan telah dimaklumkan telah berjaya melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan badan tersebut telah memperakukan pensijilan semula kepada Jabatan untuk tempoh 3 tahun berakhir 21 November 2013. Walaupun begitu terdapat 14 ketidakakuran minor dan beberapa penambahbaikan yang dikenalpasti daripada hasil auditan yang dijalankan dan perlu diambil tindakan pembetulan segera oleh semua pihak yang terlibat. Tahniah kepada semua warga Jabatan Penjara Malaysia, kerana dengan berkat kerjasama dan komitmen yang padu daripada segenap lapisan pengurusan sehingga Jabatan telah berjaya menerima perakuan tersebut. Semoga dengan pengikhtirafan ini akan memberi suntikan semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang di masa hadapan dan terus mengekalkan kualiti perkhidmatan yang cemerlang ini.
|