8 Oktober 2011 (Sabtu) - Penjara Kajang telah mengadakan Majlis Perasmian Hari Bersama Pelanggan Peringkat Penjara Kajang yang telah dirasmikan oleh KPj Hj Abd Wahab Bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Kajang yang bertempat di perkarangan Pejabat Perusahaan. Turut menghadiri majlis perasmian ini ialah PKP S. Gunasegaran a/l Shammugam, Timbalan Pengarah Penjara Kajang, Pegawai-Pegawai Kanan, kakitangan Penjara Kajang dan pelawat. Hari Bersama Pelanggan ini akan diadakan pada hari sabtu minggu kedua bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang hari bersama pelanggan ini ialah memberi penerangan kepada pelanggan/ pelawat tentang taklimat pengurusan banduan iaitu program pemulihan, rawatan dan pendidikan, sistem parol, program pemasyarakatan, sistem tele-visit dan lawatan keluarga, pameran produk kraftangan penghuni penjara, panduan kerjaya pegawai penjara, maklumbalas dan aduan daripada pelanggan. Hari bersama pelanggan ini bertujuan untuk mewujudkan budaya layanan mesra di Jabatan Penjara Malaysia khususnya Penjara Kajang, menjadikan pengaduan dan cadangan pelanggan sebagai input untuk perancangan dan penilaian program dalam penambahbaikan Penjara Kajang dan memberi peluang kepada orang ramai terutama pelawat bagi mendapat maklumat secara terus tentang program yang dilaksanakan.
|