Unit Latihan Penjara Simpang Rengam, Johor telah menjalankan Latihan Jalan Lasak Siri 4/2011 pada 22 Oktober 2011.
Seramai 74 orang kakitangan telah menjalani Latihan Jalan Lasak sejauh 18 km meliputi bukit, sungai dan ladang kelapa sawit sekitar pagar luar Penjara Simpang Rengam, Johor.
Antara objektif aktiviti ini ialah meningkatkan kecergasan dan melengkapkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta memupuk nilai-nilai murni serta sikap positif anggota unit melalui latihan yang berkualiti. Selain daripada itu mempertingkatkan tahap disiplin, sikap serta pemikiran yang positif bagi melahirkan anggota yang cergas, sentiasa bersiap sedia dalam menangani apa jua bentuk halangan dan patuh kepada segala arahan secara berpasukan dalam menghadapi segala bentuk cabaran pada masa kini dan masa akan datang.
|