Pada 30 Oktober 2011 . Seksyen Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pokok Sena, Kedah telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Bersemuka Sempena Deepavali peringkat penghuni Penjara Pokok Sena yang diadakan di Perkarangan APCCA Penjara Pokok Sena yang bermula pada jam 10.45 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari Majlis ini telah di sempurnakan oleh Tuan Shahhimin Bin Hj Husain, Penguasa Penjara Pokok Sena. Seramai 14 orang penghuni telah terpilih berdasarkan kriteria yang telah di tetapkan . Terdahulu, di dalam ucapannya beliau amat berharap program sebegini dapat mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan antara penghuni dan keluarga. Majlis ini juga turut di serikan lagi oleh Persembahan Band Boy Penghuni Penjara Pokok Sena.
|