| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Tapah 2011

Pada 01 November 2011, satu program Jalinan Kasih telah diadakan bertempat di Dewan Ilmu Penjara Tapah. Program Jalinan Kasih ini diadakan bersempena sambutan Hari Deepavali. Seramai  11 orang keluarga penghuni dan 12 orang penghuni  terdiri daripada 11 orang penghuni lelaki dan 1 orang penghuni wanita telah terpilih untuk menyertai program ini. Program Jalinan Kasih ini telah dijalankan pada jam 09.30 pagi dan dirasmikan oleh Penguasa Penjara M.Basakaran A/L  S.Muthiah  dan Timbalan Peguasa Penjara Tamil Selvan A/L Velandi selaku timbalan Ketua Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Tapah. Program yang diadakan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara penghuni dengan keluarga melalui pertemuan secara bersemuka sekaligus meningkatkan keyakinan penghuni berkaitan dengan penerimaan keluarga terutama apabila penghuni selesai menjalani hukuman. Aturcara majlis turut diserikan dengan persembahan oleh para penghuni dan juga ahli keluarga. Majlis yang berlangsung dengan jayanya ini tamat pada jam 12.300 tengahari.