Kluang,04 Nov 2011 - Bertempat di Taman Sri Lambak,Kluang Johor jam 4.00 petang berlangsung Majlis Penyerahan Wakalah Lembu Korban Peringkat Daerah Kluang yang telah di sempurnakan oleh Yg Berhormat Datuk Seri Hishammuddin Bin Tun Hussien Onn, Menteri Dalam Negeri. Wakalah Korban tersebut adalah daripada Yang Berhormat Datuk Seri sekeluarga yang diserahkan kepada beberapa kawasan termasuk agensi- agensi kerajaan di bawah Kementrian Dalam Negeri di Daerah Kluang. Pengarah Penjara Kluang, PKK Roslan Bin Hj Mohamed turut hadir di majlis tersebut bagi menerima Wakalah Korban daripada Datuk Seri. Dalam ucapannya, Yang Berhormat Datuk Seri menggesa kepada masyarakat tidak mengira kaum supaya tidak terpengaruh dengan anasir- anasir berbentuk hasutan yang cuba untuk menggugat keamanan dan keselamatan negara. Beliau juga menyeru semua masyarakat di Daerah Kluang supaya bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi oleh negara sejak daripada merdeka hingga ke hari ini berbanding dengan negara- negara lain di dunia. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang dengan jamuan minum petang bersama Yang Berhormat Datuk Seri.
|