Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia 2011 telah diadakan pada 03 November 2011 bertempat di dataran Dewan Gemilang Penjara Limbang yang disempurnakan oleh Pengarah Penjara Limbang PKP Charin Promwichit. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan Malaysia Inovatif. Seterusnya pemeriksaan barisan oleh Pengarah Penjara Limbang, bacaan doa oleh Ustaz Fadhli bin Julkefly dan membaca perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Selain itu, Pengarah turut menyempurnakan majlis pemakaian pangkat Koperal Penjara dan penyampaian pingat kepada penerima Pingat Perkhidmatan Am ( 10 orang ), Pingat Perkhidmatan Setia (2 orang ), Pingat Cemerlang Penjara ( 1 orang ), Pingat Pekerti Penjara ( 2 orang ), Pingat BAkti Penjara ( 3 orang )dan Pingat Am Penjara ( 4 orang ).
|