Pulau Pinang, Pada 03 November 2011 Penjara Reman Pulau Pinang telah mengadakan Hari Jabatan Penjara Malaysia (Peringkat Institusi) 2011 bertempat di Dataran Kawad Penjara Reman Pulau Pinang.Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Tuan Mohd Sobri bin Mahadzir telah menyempurnakan pemakaian Pangkat kepada dua anggota serta penyampaian Pingat-pingat dan sijil. Majlis diserikan lagi dengan pelancaran Logo 5S serta pembakaran rampasan artikal larangan (Tembakau).
Penjara Reman Pulau Pinang telah mengadakan minggu sukan untuk kakitangan sempena Hari Jabatan Penjara Malaysia Peringkat institusi 2011 bermula 17 Oktober 2011 sehingga 3 November 2011.Antara acara yang di pertandingkan ialah Sepak Raga,Bowling,Badminton,Dart dan Karaoke.Majlis penyampaian hadiah acara sukan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. |