Penjara Marang 3 November 2011 Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Negeri Terengganu yang terdiri daripada institusi Penjara Marang, Parol Negeri Terengganu dan Pusat Koreksional Dungun telah diadakan di Dataran Setia Penjara Marang. Majlis disempurnakan oleh PP Wan Sani bin Ab. Latiff telah membuat pemakaian pangkat kepada 3 Pegawai Kanan Penjara serta Penganugerahan Pingat/sijil Penghargaan kepada 88 Pegawai serta kakitangan yang dianugerahkan Pingat Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2011. Pada sebelah petang telah diadakan acara perlawanan bola sepak beragam 7 sebelah dan bola jaring.
|