Khamis, 03 November 2011 Sambutan Hari Jabatan Penjara 2011 Peringkat Institusi Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah di sempurnakan oleh PP Amer @ Amir Bin Hj. Haron, Timbalan Pengarah, Penjara Seberang Perai.
Majlis sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia diikuti dengan bacaan doa dan Ikrar Jabatan diteruskan dengan bacaan teks ucapan Perutusan Ketua Pengarah Penjara.
Di antara pengisian lain ialah kempen derma darah dengan kerjasama Hospital Kulim, Kedah. Pada sebelah petang pula telah diadakan ceramah Pembangunan Modal Insan : Kearah Mewujudkan Organisasi Yang Cemerlang oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang dan diikuti dengan acara sukan yang dihadiri oleh PP Amer @ Amir bin Hj. Haron dan kakitangan pelbagai pangkat. Program sambutan di akhiri dengan majlis bacaan Yassin di Surau As-Sakinah yang dihadiri oleh Pengarah Penjara Seberang Perai PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat.
|