03 November 2011, Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor telah menjayakan Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia bermula jam 07.30 pagi. Majlis diserikan lagi dengan penyempurnaan penyampaian pingat dan juga sijil-sijil penghargaan oleh Timbalan Penguasa Zakaria Bin Mat Jusoh wakil pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar kepada individu yang telah diberi pengiktirafan atas kesetiaan dan kecemerlangan juga kerjasama yang diberikan kepada jabatan. Majlis di selangi dengan aktiviti sukan yang diakan bermula jam 3.30 petang sehingga 6.30 petang. Sukan yang dipertandingkan adalah pertandingan futsal, badminton, ping pong, dan juga pertandingan congkak.
|